Tahukah Anda.......

Wednesday, July 30, 2008

Fakta-Fakta tentang Kadar Kemiskinan di Malaysia

  1. Garis kemiskinan (bukan kemiskinan makanan) di Malaysia ialah: RM661 (Semenanjung Malaysia), RM888 (Sabah), RM765 (Sarawak).
  2. Tahap kemiskinan tegar ialah mereka yang berada di bawah garis kemiskinan makanan. Kemiskinan tegar ialah RM415 (Malaysia secara keseluruhannya), RM398 (Semenanjung Malaysia), RM503 (Sabah), RM482 (Sarawak).
  3. Pada awal kemerdekaan, kadar kemiskinan di Malaysia ialah 60%, tetapi udaha berterusan kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai projek serta program sosioekonomi, kadar tersebut berjaya dikurangkan kepada 5.7% sekarang. Tahun 2004 - kadar kemiskinan di luar bandar ialah 11.9%, manakala di bandar ialah 2.9%. Kadar kemiskinan mengikut negeri: Sabah (23%), Terengganu (15.4%) dan Kelantan (10.6%),Pulau Pinang (0.3%), Selangor (1.0%), Wilayah Persekutuan (1.5%), Melaka (1.8%), Johor (2.0%), Negeri Sembilan (1.4%)

Labels:

Monday, July 21, 2008

KRISIS MAKANAN CETUS KESAN DOMINO

Pandangan pelbagai pihak terhadap krisis makanan sedunia:

  1. Paul Krugman (pakar ekonomi Amerika Syarikat): Punca krisis makanan sedunia ialah akibat daripada kombinasi trend jangka panjang, nasib yang kurang baik dan dasar yang buruk.
  2. Louise Arbour (Pesuruhjaya Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia): Krisis makanan semasa berpunca daripada beberapa faktor termasuk herot-benyot bekalan dan permintaan serta dasar-dasar perdagangan yang tidak adil. Malah, kegagalan untuk menangani krisis makanan secara komprehensif juga akan menyebabkan kesan domino dengan mencatukan hak-hak asasi yang termasuk kesihatan dan pendidikan.
  3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 850 juta rakyat akan berhadapan dengan masalah kelaparan, manakala dua bilion lagi mengalami masalah kekurangan makanan berzat.
  4. Harga makanan asas seperti beras, tepung, jagung dan minyak telah meningkat dua kali ganda menyebabkan rusuhan di kira-kira 40 peratus negara miskin memandangkan 80 peratus pendapatan mereka terpaksa disalurkan untuk kos makanan.
  5. Salah satu daripada punca masalah krisis makanan ialah penggunaan tanaman untuk menghasilkan bahan api bio berbanding dengan makanan dalam usaha mengatasi kesan kenaikan harga minyak petrol. India misalnya, dengan dasar pasaran terbukanya telah menyebabkan pengeksport bahan makanan asas mula menjual dalam jumlah yang banyak sehingga menjejaskan bekalan makanan dalam negara. Apabila negara tersebut memperketatkan bekalan ke pasaran antarabangsa, harga makanan asas seperti beras mula naik. Kesan penjualan hasil tanaman untuk bahan api bio telah menyebabkan kesan sampingan dan kesan domino - krisis makanan, kelaparan dan masalah sosial yang lain.
  6. Krisis minyak dikaitkan dengan pencerobohan AS ke atas Afghanistan dan Iraq. Stok bahan api di Iraq digunakan dengan sebaik-baiknya oleh AS sebagai peneraju serangan ketenteraan ke atas kedua-dua buah negara berkenaan.
  7. Greg Barrow daripada World Food Programme (WFP): Lebih daripada 73 juta orang di 78 buah negara bergantung pada bekalan makanan yang disalurkan oleh WFP. Kumpulan ini berhadapan dengan penurunan nisbah yang diagihkan kepada mereka. Dianggarkan hampir RM2 bilion diperlukan untuk membolehkan bekalan makanan terus disediakan kepada 73 juta penduduk di Afrika, Asia dan Amerika Tengah. Peruntukan tambahan diperlukan menjelang pertengahan 2008 bagi membolehkan nisbah agihan tidak dikecilkan.
    Selain itu, komuniti kebuluran kini bukan sahaja terdapat di kawasan-kawasan luar bandar, malah tidak terkecuali di wilayah bandar. Meskipun makanan sedia ada di pasaran, orang ramai tidak berupaya untuk membelinya. Kuasa membeli semakin mengecil kerana kos hidup telah meningkat.
    Daripada 36 buah negara yang dilabelkan pada April lalu sebagai negara yang berhadapan dengan krisis makanan, 21 terletak di benua Afrika.
    Di India, kira-kira 25 000 penternak membunuh diri disebabkan kekurangan hasil tanaman dan hutang.
  8. Bank Dunia: Harga makanan telah meningkat 75% sejak tahun 2000. Harga gandum meningkat 200%, makanan asas seperti beras dan soya telah mencecah rekod harga, jagung berada pada harga paling tinggi sejak 12 tahun lalu. Kenaikan kos bijirn juga mengakibatkan harga daging, bahan tenusu, telur dan ternakan mengalami peningkatan.
  9. Perubahan iklim turut menyebabkan masalah kepada krisis makanan. Ia menjejaskan pengeluaran makanan di kebanyakan negara. Laporan PBB menyebut, tanah seluas Ukraine hilang setiap tahun disebabkan kemarau, penebangan hutan secara berleluasa dan ketidakstabilan iklim. Pada tahun lalu, Australia mengalami kemarau paling buruk dalam tempoh satu abad, sekali gus menyebabkan hasil gandum negara itu terjejas 60%. Hasil tuaian bijirin di China juga merosot 10% dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.
  10. Laporan Panel Antarabangsa Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim PBB: dalam masa 100 tahun akan datang, paras air laut akan meningkat satu meter, sekali gus membanjiri satu per tiga kawasan tanaman dunia.
  11. Ali Ghurkan (Penganalisis Pertubuhan Makanan Sedunia - FAO): simpanan makanan di seluruh dunia berada pada paras yang terlalu rendah. Bekalan dan permintaan sudah tidak seimbang.

Labels: , ,